Selamba je dia boleh tarik lagu tinggi, ramai yang terkejut bila Maryam nyanyi lagu Marsya Milan

Pempengaruh media sosial kelahiran Korea Selatan, Maryam meraih perhatian wargamaya selepas video nyanyiannya tular di media sosial. Menerusi potongan video yang dimuat naik Duriankimchi_fc, Maryam atau nama sebenarnya Maryam Younare dilihat sedang menyanyikan lagu ‘Cinta’ nyanyian asal penyanyi, Marsya Milan. Seperti yang diketahui ramai, lagu tersebut sangat sukar untuk dinyanyikan kerana memerlukan penghayatan serta vokal yang tinggi. Namun, ibu kepada seorang anak itu dilihat tidak mempunyai masalah malah berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan jayanya. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terpegun mendengar nyanyian Maryam yang ternyata sedap di halwa telinga. Mereka juga berpendapat bahawa ia bukan satu perkara yang mengejutkan sekiranya pempengaruh itu berjaya mengeluarkan sebuah lagu satu hari nanti. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.