Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali meraih perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama anak perempuannya, Ameena dan Farah Fauzana di Instagram (IG). Menerusi hantaran tersebut, Farah Fauzana atau lebih mesra disapa Fafau itu dilihat mendukung anak tunggal perempuan Fizi itu ketika bergambar bersama. Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen ditulis Fizi yang bertanyakan apakah panggilan sesuai yang boleh digunakan Ameena untuk memanggil Fafau. “Ameena nak panggil Fafau auntie ke kakak ke atau mama? Ehhhh, yang mana ons?”
Komen Warganet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat gambar yang dimuat naik Fizi. Mereka juga berpendapat adalah sangat sesuai sekiranya Fizi dan Fafau dijodohkan bersama. Sekadar info, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun memilih untuk berpisah selepas tiga tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.