Semangat nak raikan kemerdekaan, warga emas sanggup jalan kaki lebih dari 8km

Bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh warga Malaysia bagi meraikan detik bersejarah iaitu Sambutan Kemerdekaan tanah air dan tahun ini ia merupakan tahun ke-66. Oleh itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik diadakan bersempena Hari Kemerdekaan termasuklah pada malam ambang dan tanggal 31 Ogos pada setiap tahun, selain semangat. Selain itu, inilah masa untuk rakyat negara ini yang  berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik serta kasih sayang terhadap negara. Klik sini untuk lihat video.

Bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, semangat seorang warga emas, Jenny Lee, berusia 68 tahun berjaya menarik perhatian ramai seperti mana dikongsikan menerusi laman Instagram Bernama. Apa yang jadi perhatian ramai apabila Jenny Lee menyatakan dirinya sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri ke Dataran Merdeka bersama hiasan buatannya sendiri. Malah, warga emas berbangsa Cina itu dilihat penuh semangat melaungkan kata-kata keramat iaitu Merdeka! sambil dilihat memakai kain batik.

“MERDEKA! Seorang warga emas berusia 68 tahun, Jenny Lee sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri bersama hiasan yang dibuatnya sendiri untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka hari ini,”tulis Bernama. Rata-rata warganet tumpang gembira dan bangga dengan semangat patriotik yang dimiliki oleh warga emas tersebut kerana sanggup berjalan kaki melebihi 8km bagi menyambut Ambang Kemerdekaan bersama-sama di Dataran Merdeka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.