Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Amelia Christie yang juga merupakan seorang aktres di sebuah restauran. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Sharnaaz, 37, berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran Amelia, 23 bersama anak tunggalnya Jebat Jayden di sebuah restauran. Di hantaran itu, Sharnaaz menitipkan doa berserta ucapan buat kekasihnya yang bakal menceburi bidang perniagaan.
“Happy birthday dear Amelia. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan dilimpah kan dengan rezeki yang melimpah ruah dan good luck in your new business ACL. Amin.” Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat. Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.