Kongsikan menu makan tengahari, terkejut bila Sherry Ibrahim hanya makan 2 sudu nasi tapi dah rasa kenyang

Perkongsian di Instagram Story milik pelakon Sherry Ibrahim telah jadi perhatian wargamaya selepas dia berkongsi menu makanan tengah hari yang diambilnya, baru-baru ini. Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik, Sherry memaklumkan dia mahu kembali melakukan aktiviti senaman selepas seminggu mengalami masalah kesihatan iaitu demam. Dalam video sama, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut berkongsi menu makanan yang diambil sebagai juadah tengah harinya iaitu nasi putih dan lauk daging kunyit.

Bagaimanapun, apa yang jadi perhatian adalah kuantiti nasi yang diambil aktres berusia 41 tahun itu. Menerusi pemerhatian, kuantiti nasi putih yang diambil adalah lebih kurang dua sudu besar sahaja. Malah, menerusi satu lagi siri hantaran, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu berkata, dengan pengambilan dua sudu nasi tersebut sudah membuatnya berasa kenyang. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.