Tak pernah halang kalau dia nak teruskan kerjaya di China, Shila Amzah akui tak mahu Pjj dengan suami

Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah pada Sabtu lalu. Ubai berkata dia tidak akan menghalang isterinya itu jika mahu meneruskan kerjaya nyanyiannya di China dan terbuka mengenai perkara itu. “Saya tak pernah mempersoalkan atau menghalang Shila untuk terus meluaskan karier seninya kerana saya tahu itu adalah kerjayanya. Apa yang buat dia gembira, teruskan. Dia pun tak pernah halang kerjaya saya,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia agak keberatan dan tidak mahu menjalin perhubungan jarak jauh, namun jika perlu berbuat demikian dia terbuka dengan cara tersebut. Tambah Shila lagi, dia juga mahu suaminya terus mengembangkan kerjayanya sebagai penerbit dan mahu melihat Ubai berjaya. “Saya sebenarnya tak mahu PJJ tapi kalau perlu…penerbangan ke China enam jam saja, sampai Beijing. “Sebagai isteri saya mahu Ubai mengembangkan keriernya di sini sebab usianya masih muda…Saya ini kira macam sudah 10 tahun ke depan berbanding dia. 

“Jadi saya mahu dia mencari apa yang terbaik buat dirinya, mengembangkan karier sebagai penerbit dan mahu dia berjaya,” katanya. Sementara itu, Shila dan Ubai tidak menolak andai diberikan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat. “Kami tiada perancangan khusus berkaitan anak sebab bagi saya, kalau ada Alhamdulillah. Kami ‘sekufu’ bab ini..untuk urusan anak, seandainya ada rezeki kami tidak menolak,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.