GENAP dua tahun pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, suaminya iaitu pelawak dan penyampai radio Suria FM meluahkan rasa rindu terhadap arwah isterinya itu. Shuib atau Shamira Muhamad, 39, berkata perasaan kasih dan sayangnya terhadap Sarah masih lagi kekal biarpun isterinya itu sudah tiada di sisi. “Bismillah… Hari ini 9 Ogos 2023 genap dua tahun pemergian Sarah. InsyaAllah berapa lama pun lagi, rindu dan sayang ini akan sentiasa mekar di hati saya,” katanya. Shuib berkongsi perkara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Klik sini untuk lihat video.
Bersama kapsyen tersebut, Shuib turut memuat naik foto bersama Allahyarham ketika berada di Jabal Rahmah sewaktu menunaikan ibadah umrah di Makkah dengan berlatar belakangkan lagu nyanyian Sarah berjudul Kesetiaan. Dalam pada itu, Shuib turut berdoa agar mereka sekeluarga dipertemukan di syurga dan memohon orang ramai untuk sedekahkan al-Fatihah buat arwah isterinya itu. “InsyaAllah kita sekeluarga akan berjumpa di syurga nanti. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah Raisuddin,” ujarnya.
Sebelum ini, menerusi Instagram Siti Sarah yang dikendalikan oleh keluarganya turut berkongsi video kelahiran Ayash yang dilahirkan tiga hari sebelum penyanyi itu meninggal dunia. “Pejam celik dua tahun sudah berlalu. Masih terasa seperti semalam yang berlaku. Setiap hari kami pasti rindu… ibu hanya doa kami mengiringimu,” tulisnya. Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan.
Selain Ayash, mereka juga memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 6. Pada 23 Jun lalu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifiah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.