Hasrat penyanyi Aisha Retno, 23, memakai ‘braces’ atau pendakap gigi untuk penampilan lebih menarik termakbul selepas lima tahun apabila sumber kewangannya diakui semakin stabil.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ditemui berkata, dia baru dua minggu memasang pendakap gigi itu dan gembira kerana impian dipendam selama ini sudah menjadi kenyataan. Saya pasang niat nak pakai ‘braces’ (pendakap gigi) dah lama, sejak mula jadi penyanyi lagi. Cuma, ketika itu terpaksa memendam dan menangguhkannya atas beberapa sebab tertentu. Tapi, sekarang Alhamdulillah saya dah ada rezeki lebih.
Kalau dulu, saya asyik kata tak apalah kita tunggu. Kini, syukur saya ada rezeki lebih sedikit yang mana boleh cuba ‘invest’ (melabur) pada benda lain seperti pakai pendakap gigi untuk mencantikkan penampilan diri,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sama ada dia berhadapan kesukaran menyanyi selepas memakai ‘braces’ itu, Aisha yang juga pemenang tempat ketiga Big Stage 2022 berkata, pada mulanya memang ada kesukaran ketika menyanyi.
Saya tak nafikan memang ada alami sedikit kesukaran ketika menyanyi kerana memakai ‘braces’. Tapi, biasalah sebagai penyanyi apabila kita diatas pentas hiburkan penonton, tak akan rasa sakit pun melainkan selepas itu (turun pentas). Kalau nak kata saya menyesal pakai ‘braces’, adalah 20 peratus saja. Selebihnya, saya berasa teruja dengan progres yang berlaku ini. Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya akan memakai ‘braces’ itu hampir dua tahun.
Mengulas juga gosipnya dengan penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun sebelum ini, Aisha berkata, dia tidak terkesan kerana itu hanya gosip kerana mereka pernah bekerjasama dalam lagu duet berjudul Jarak. Apapun, yang pasti selain menyanyi saya juga kini mendapat tawaran berlakon. Saya baru selesai penggambaran drama Gadis Muzikal yang akan ditayangkan pada Ogos ini, Insya-Allah.
Saya sangat bersyukur jadual kerja dalam karier seni sangat padat sekarang sehingga hujung tahun. Sejujurnya, saya memang tidak sangka jadual kerja saya penuh walaupun dari segi populariti masih kurang,” katanya.
Aisha yang merancang muncul dengan album solo pada tahun depan berkata, dia tetap yakin dengan rezeki ditetapkan Allah dan selagi ada peluang tawaran dia akan mencuba saja kerana itu lebih penting. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.