Masya Masyitah muat naik gambar bersama adik lelakinya yang disangka kekasih

Penyanyi, Masya Masyitah, 23, terus menjadi perhatian netizen pada setiap hantaran di media sosialnya, termasuk foto bersama adik lelaki yang disangka kekasih.

Terdahulu, Masya memuat naik beberapa keping foto dia menggayakan pakaian jalanan dengan berseluar pendek tampil bermain skuter elektrik, termasuk dilihat memeluk erat seorang remaja lelaki.

Justeru, segelintir netizen yang masih mengecam hebat Masya atas tindakan drastiknya membuka tudung baru-baru ini menegur wanita itu agar menjaga batas pergaulan.

Di ruangan komen, bagaimanapun ada juga netizen yang menasihatkan warga maya lain agar tidak lagi mengecam Masya kerana nasihat pun sudah diberi dan kini terpulang kepadanya memilih jalan hidup diinginkan.

Kita doakan dia, sekarang dia diuji. Mungkin kita kecam dia sekarang, kita juga boleh diuji macam itu,” tulis netizen. Allah menguji hamba Dia bersebab, saya doakan Masya baik-baik saja,” kata seorang lagi warganet.

Saya doakan semoga kita sama-sama diberikan hidayah,” tulis seorang netizen. Kita hanya manusia, tak mampu tegur, kita doakan mana yang terbaik, jangan cakap bukan-bukan,” kata netizen.

Baru-baru ini, Masya secara tiba-tiba tampil berkongsi foto dia sudah tidak bertudung di Instagram dengan gaya baharu seperti ‘Barbie’. Banyak pihak tampil memberi nasihat, termasuk pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli yang menjelaskan hukum menutup aurat itu wajib tanpa sebarang alasan.

Begitu juga, penerbit filem David Teo yang menasihatkan Masya agar dia sedar terhadap kesilapannya kerana kini didapati ramai orang kejar pahala dunia, tapi tidak ramai yang mengejar pahala akhirat. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.