Pernah nekad nak keluarkan duit kwsp, tak sangka bila wakil Simply Siti datang untuk tampung kos operasi jantung anak

KETULUSAN hati penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza terbongkar apabila seorang individu mendedahkan penyanyi tersebut pernah membiayai kos rawatan Allahyarham anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang. Menerusi perkongsian video di TikTok, individu yang dikenali sebagai Adiey Salleh itu mengimbau kisah yang berlaku kira-kira 11 tahun lalu. Menurut Adiey, pada ketika itu dia dan isteri berada di Institut Jantung Negara (IJN) untuk meneruskan proses operasi dengan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai langkah akhir menyelamatkan nyawa anak mereka.

“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalani oeprasi jantung berlubang. Saya dan isteri berada di dalam bilik tafsiran hospital tiada pilihan… kami ingin mengeluarkan KWSP pada waktu itu. Terkenanglah sekejap… tiba-tiba wakil Simply Siti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan,” katanya. Dalam pada itu, Adiey berkata, sehingga ke hujung nyawanya dia tidak dapat membalas kebaikan Siti dan mendoakan agar penyanyi lagu Menjaga Cintamu itu diberikan keberkatan dalam hidup.

Kata Adiey, biarpun anaknya sudah tiada lagi, namun dia tetap bersyukur kerana diberi kesempatan selama tiga bulan untuk berkongsi kasih sayang dengannya. “Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dengan Siti… Demi Allah perkara ini benar. Berderai air mata jantan saya. Terima kasih Siti. Saya akan kenang sepanjang hayat dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya doakan Siti terus diberkati Allah. Anak saya pun sudah tiada. Sempatlah dia berlari dan beraya… tiga bulan dia hidup bersama kami,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.