Muat naik video dengan anak anak, Datuk Yusof haslam luah rasa gembira tengok sikap Syamsul yang sekarang

Semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat ada berkongsikan video menemani dan memberi sokongan kepada dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, yang menyertai pertandingan hari sukan. Memetik Harian Metro, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira melihat sikap Syamsul yang kini mengutamakan anak-anak. “Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah berpisah,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Yusof lagi, beliau turut gembira melihat hubungan baik Syamsul dan Puteri Sarah meskipun sudah berpisah. Ujarnya lagi, tindakan Syamsul meluangkan masa bersama anak-anak adalah wajar dilakukan sebagai bapa. “Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku. “Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah berpisah, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail sentiasa mendoakan buat anaknya itu agar terus berjaya serta tabah hadapi ujian dalam kehidupan. “Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya. “Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.