Nama anak jadi bualan orang ramai, rupanya tiada update dari Abby Abadi sebab sibuk uruskan hal di Melaka

Pelakon Abby Abadi memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik meskipun nama anaknya, Marissa Dania menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas didakwa menjadi punca kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya. Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Abby berkata dia ketika ini sedang sibuk menguruskan beberapa hal di Melaka dan meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Malah, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sempat berseloroh mengatakan dirinya tiada idea untuk mengemas kini sebarang perkongsian dalam media sosial berhubung isu yang tular tersebut. “Alhamdulillah, semuanya okay sahaja. Jangan risaukan saya. Saya tak update sebab tiada idea. Saya di Melaka sekarang urusakan JaiTech Solutions. Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak kepada Abby iaitu Marissa Dania, 18. Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia dilepaskan suaminya yang dikenali sebagai Aslam selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga. Sabtu lalu, Marissa tampil memuat naik kenyataan di Instagram mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga wanita terbabit.

Bagaimanapun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah seratus peratus benar. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.