Ramai yang terkejut dengan berita pemergian Hattem, tak sangka ratusan kenalan sanggup jalan kaki hantar ke tanah perkuburan

Berita tentang kejadian tak diingini melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air. Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai pergi menghadap illahi selepas 12 jam bertrng nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan. Apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu semangat setia kawan rakan-rakan yang sama berjuang dalam bidang tersebut apabila hadir menghantar jenazah allahyarham ke tanah perkbran dalam jumlah yang ramai. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai ._syazwannnn, ratusan kenalan dan juga rakan-rakan  turut serta berjalan kaki ke tanah perkbrn bagi urusan allahyarham. Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok yang juga rakan kepada arwah mengatakan yang ramai menyayangi Muhammad Hattem. Perkongsian tersebut juga telah mendapat perhatian ramai sehingga masing-masing tertanya-tanya amalan apa yang dilakukan oleh arwah sehingga dia diiringi ke tanah perkbrn dengan kehadiran ramai orang. Walau bagaimanapun, mereka turut mendoakan agar roh Muhammad Hattem ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.