Tular pasal sahabat pertahankan Ebit Lew, Caprice nekad untuk ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat

KONTROVERSI mengaitkan Ebit Lew dan pempengaruh dari Indonesia iaitu Mondy Tattoo semakin panas apabila penyanyi rap Caprice mendakwa kesemua bukti yang didedahkan oleh sahabat pendakwah itu telah pun dipadam. Caprice atau Ariz Ramli, 35, mempersoalkan tindakan pendakwah dari seberang iaitu Ustaz Derry Sulaiman yang telah memadam bukti mendakwa kononnya Mondy memfitnah Ebit kerana mahukan wang.

“Salam ustaz Derry kenapa kamu padam semua bukti chat? Kamu sudah fitnah dan sebar fitnah kepada masyarakat Indonesia, Malaysia dan ibu bapa Mondy. Kami ada rakam semua content dan live ustaz… dan kami akan ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat InsyaAllah,” katanya. Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video paparan skrin yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian video berkenaan, Caprice menunjukkan akaun Instagram milik Derry yang dilihat sudah memadam segala bukti perbualan aplikasi WhatsApp bersama Mondy.

Sebelum itu, Caprice ada meminta Derry untuk membuat sesi siaran langsung di media sosial dan menunjukkan profil serta nombor telefon Mondy kepada umum. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan tidak berpuas hati kerana pendakwah bebas Indonesia itu hanya memberikan tangkap layar dan bukannya rakaman video seperti yang diminta. “Orang suruh buat video tunjuk nombor sekali dengan chat dia (Mondy) mengaku tipu… mamat (Derry) ni pergi screenshot,” ujarnya. Pendedahan itu mendapat reaksi warganet yang rata-rata berkongsi informasi kepada Caprice.

Jelas seorang pengguna media sosial, Derry telah mengubah kapsyen selepas ada yang perasan nombor telefon yang tertera tidak sama seperti yang ditunjukkan oleh Caprice. Malah, penyanyi lagu Baby Sayang itu juga menegaskan bahawa Mondy hanya memiliki sebuah telefon bimbit. “Ya Allah, kenapa team korang (Derry) buat kerja tak clean ni? Jangan ketara sangat boleh tak. “Mondy ada satu telefon bimbit sahaja di Malaysia… yang itu pun pihak polis sudah ambil untuk siasatan,” katanya.

Pada 11 September lalu, Mondy mendakwa Ebit melakukan gangguan sksl terhadapnya. Wanita itu berkongsi perkara itu menerusi podcast khas yang dikendalikan Caprice. Bagaimanapun, Derry membuat siaran langsung di TikTok mendakwa pengakuan yang dibuat Mondy adalah satu penipuan dan dia melakukan perkara itu semata-mata kerana wang. Untuk rekod, Mondy merupakan individu yang pernah dibawa oleh Ebit ke Malaysia pada Jun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.