Bimbang dengan keselamatan Mondy, Caprice sampai upah seorang pengawal peribadi untuk jaga Mondy di Malaysia

Penyanyi rap, Caprice mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan TikTokers Indonesia, Mondy Tatto yang kini berada di Malaysia. Memetik Harian Metro, Caprice berkata ianya sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh kes siasatan dan dia juga sudah berbincang dengan kedutaan Indonesia. “Kita tidak tahu bagaimana keselamatan Mondy jika dia pulang sekarang. Kami menjangkakan dia akan berada di sini sehingga kes ini tamat. Untuk waktu ini dia berada dalam keadaan selamat 24 jam.

“Seratus peratus keselamatan Mondy di bahu kami. Malah saya juga dah berbincang dengan kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti,” katanya. Sementara itu, Caprice berkata dia tidak dapat berkongsikan berapa lama Mondy akan berada di Malaysia dan TikTokers itu selamat di bawah jagaannya. Dalam pada itu, ditanya mengenai kes membabitkan dirinya dengan pendakwah terkenal Ebit Lew, Caprice berkata harapannya adalah agar mngs mendapat pembelaan.

“Harapan saya adalah untuk menegakkan keadilan kepada semua yang pernah menjadi sasaran, bukanlah Mondy sahaja. “Sasaran sksl, kita tidak sepatutnya kritik mereka secara melulu. Saya harap mereka ini diberi peluang agar dapat membela diri. Insya-Allah kebenaran dan keadilan sentiasa berada di pihak mereka,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.