Pernah diminta pakai baju menjolok mata, Che Puan Sarimah kongsikan pengalaman kena gangguan tak senonoh

Diraba dan diminta pakai baju seksi, Sarimah Ibrahim kongsi pengalaman terkena gangguan seksual

Pernah diminta pakai baju menjolok mata, Che Puan Sarimah kongsikan pengalaman kena gangguan tak senonoh

PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dirinya pernah terkena gangguan sksual semasa menjadi pengacara di sebuah rancangan suatu ketika dahulu. Sarimah, 54, berkata individu tersebut telah memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula. Jelasnya, individu tersebut merupakan salah seorang kru dan telah mendirikan rumah tangga ketika itu. “Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan.

“Yang mana ketika itu individu berkenaan datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon sebaliknya memegang dada saya. Saya terpaksa senyum seolah-olah seorang pengacara hebat…. dia pegang-pegang dan dia raba. Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan dia juga kata kami akan terlihat hebat jika bersama tapi dia telah berkahwin,” katanya kepada pemberita. Sarimah berkongsi perkara itu semasa sidang media Siri Astro Originol Riot yang berlangsung pada malam Selasa di Kuala Lumpur.

Ceritanya lagi, individu tersebut turut mengajaknya bercuti bersama, namun dia menolak tawaran berkenaan. “Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya. Saya kata tak apa saya akan bayar percutian saya sendiri,” jelasnya. Selain itu, Sarimah turut mendedahkan dirinya pernah diminta untuk memakai pakaian menjolok mata di hadapan seorang pengarah. “Ada sekali itu, seorang pengarah suruh saya masuk bilik model baju-baju untuk rancangan tersebut. Dia suruh saya pakai baju menjolok mata dan sudah siapkan baju-baju untuk saya pamerkan dalam bilik itu.

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja. Saya tak nak dan saya tak nak tunjuk saya punya lengan… selepas itu saya tak dapat tawaran seterusnya tapi ada rezeki lain selepas itu,” dedahnya lagi. Menurut Sarimah, kejadian itu kerap kali berlaku kepadanya membuatkan dia mempunyai kesedaran untuk menolak dan berkata tidak. Malah dia juga rela tiada peluang pekerjaan asalkan maruahnya tidak tergadai.

“Saya lebih rela hilang pekerjaan berbanding hilang maruah. Tak apa, rezeki datang. Kejayaan adalah ketenangan dan ketenangan apabila kita menjaga maruah,” luahnya lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.