Dah mula berkenalan dari tahun 2019, Abang Proton kongsikan detik awal perkenalan dengan Sherry Alhadad

Personaliti media sosial, Abang Proton berkongsi detik perkenalan dengan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Sherry Alhadad. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Abang Proton atau nama sebenarnya Amir Mokhtar mendedahkan bahawa dia dan Sherry mula berkenalan sejak tahun 2019. “Seperti yang dijanjikan, saya ceritalah macam mana saya boleh kenal Sherry. Sedar tak sedar rupanya dah lima tahun kami berkawan. July 2019, saya baru balik dari mesyuarat di pejabat, dan kemudian saya makan tengah hari bersama geng kutu di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik singgah isi minyak di salah sebuah stesen minyak di Kota Damansara.” Klik sini untuk lihat video.

Abang Proton juga menyifatkan pengacara berusia 38 tahun itu sebagai seorang selebriti yang mudah didekati dan tidak sombong dengan peminat. “Kereta dia di sebelah kereta saya. Saya tegur dia, ya dia sangat merendah diri dan mesra. Dia yang datang ke kereta saya, dan saya minta izin untuk berswafoto, masa tu ketar tangan saya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa dia. Dan selepas beberapa bulan berkawan, dia menjadi pelanggan saya.

Dalam pada itu, dia juga memohon maaf susulan hantarannya sebelum ini yang mungkin mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Sherry. “Saya faham dia mempunyai ramai peminat, saya salah seorang dari kalian. Ramai sayangkan dia. Maafkan kalau video saya sebelum ni mengundang rasa tidak senang dikalangan peminat-peminat dia. Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengan dia. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman.” Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan Sherry dan Abang Proton sedang menghabiskan masa bersama-sama.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia dan Sherry tidak mempunyai apa-apa hubungan yang serius malah lebih selesa sebagai kawan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.