Konsert Aina Abdul dapat dana dari kerajaan, tapi ada pula pihak yang tak puas hati

Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun menyerahkan Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Dana Filem Cereka, Dana First Time Amateur Filmmaker (FAME), Dana Persembahan Muzik serta Dana Promosi dan Pemasaran Antarabangsa kepada 39 penerima. Dana ini bertujuan membantu serta merancakkan industri kreatif tempatan, namun salah satu penerima Dana Persembahan Muzik mengundang perdebatan di antara warganet.

Artis yang dimaksudkan ialah penyanyi hebat tempatan, Aina Abdul yang bakal membuat konsert A Night With Aina Abdul 3.0 , dengan dana yang diberikan oleh kementerian. Konsert yang bakal berlangsung 18 November itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur, ia merupakan konsert solo ketiga pemenang Anugerah Juara Lagu itu. Pun begitu, ada warganet yang merasakan Aina Abdul tidak sepatutnya mendapat dana kerajaan itu memandangkan namanya sudah besar.

Bagaimanapun, ramai juga yang menyangkal kenyataan warganet itu dan menganggap Aina Abdul selayaknya mendapat dana itu, memandangkan dia seorang artis yang bermula dari bawah serta memiliki syarikatnya sendiri. Setakat artikel ini ditulis, pihak Aina Abdul serta kementerian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.