Dari kecil memang ajar sentiasa pakai kasut kalau keluar rumah, Che Ta akui ini sebab dia larang anak pakai selipar

Umum mengetahui bahawa aktres popular, Rozita Che Wan antara selebriti wanita yang sentiasa mengambil berat akan penampilan diri walaupun sudah menginjak usia 50 tahun. Namun begitu, aktres yang mesra disapa Che Ta itu mendedahkan kedua-dua anak lelakinya diajar untuk sentiasa memakai kasut apabila keluar dari rumah. Menerusi video temu bual di TikTok @mediahiburanofficial, pemilik nama Rozita Abu Bakar itu memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar. Klik sini untuk lihat video.

Walhal sekiranya pergi ke kedai serbaneka sekalipun, anak-anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Azzra juga perlu memakai kasut. “Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je. Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya. Namun begitu, perkara tersebut tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang lebih santai diajar oleh suaminya Zain Saidin.

“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta. Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita itu mengaku dirinya gembira dan seronok dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.