Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan dirinya masih bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Bercakap kepada Harian Metro, Nora, 50, berkata perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu berjalan dengan sederhana, namun sempurna. “Alhamdulillah. Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami, anak-anak, menantu yang banyak menyokong termasuk cucu yang menghiburkan,” katanya.
Terdahulu, sumber Harian Metro memberitahu rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah. Ditanya adakah dia pernah mendengar suara-suara ‘jahat’ yang mengatakan rumah tangganya sedang goyah, Nora bagaimanapun enggan mengambil pusing segala tanggapan tidak benar itu. “Allahuakbar. Saya tak pasti, apapun dalam usia begini, saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya,” katanya. Nora mengumumkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi, dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi. Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Namun, Johan pergi menghadap illahi pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat srngn jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.