Ada yang pertikaikan pasal anak Dr Zulkifli dapat biasiswa, sekali ini pula penjelasan dari pihak Maiwp

Berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anak kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Abdul Syakur layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan). MAIWP dalam satu kenyataan berkata, Abdul Syakur meraih 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 September lalu.

“Hasil semakan mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah. Bapa pelajar (Datuk Seri Dr Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” kata MAIWP hari ini. MAIWP berkata, pada asasnya asnaf Fisabilillah adalah tidak tertakluk kepada pengiraan had kifayah. Justeru, penentuan kelayakan bagi skim bantuan adalah berdasarkan lebihan had kifayah yang akan dipertimbangkan meelalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa Baitulmal MAIWP.

“Takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam,” ujarnya. Bantuan biasiswa itu merupakan antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Jan 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Februari 2020.

Terdahulu, Dr. Zulkifli memuat naik beberapa keping gambar di aplikasi X memaparkan anaknya di lapangan terbang sebelum berangkat ke Jordan untuk menyambung pengajian. Bagaimanapun, terdapat individu mempertikaikan bahawa Abdul Syakur tidak layak menerima biasiswa berkenaan kerana kedudukannya sebagai anak bekas mufti. Sumber: Borak Daily. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.