Lancar lagu lepas isu rumahtangga selesai, Diana Danielle nekad nak beralih ke bidang nyanyian

KURANG mengambil tawaran lakonan, aktres Diana Danielle melihat kerjaya seninya kini memasuki transisi baharu dengan memberikan fokus kepada bidang nyanyian pula. Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, keyakinan untuk terus serius sebagai penyanyi itu mula timbul selepas dia bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. “Sebelum ini saya buat sendiri dan tiada sokongan seperti syarikat pengurusan. Walau cuba banyak kali tetapi ia tidak menjadi. Sekarang masanya untuk saya tidak lagi berputus asa.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang saya hanya ambil tawaran berlakon sekali setahun sahaja. Saya nak tukar kerjaya sebagai penyanyi. Jika terima tawaran berlakon terlalu banyak mungkin akan ganggu perjalanan kerjaya nyanyian. “Apabila hendak memulakan sesuatu yang baharu kenalah beri fokus,” katanya. Terbaharu Diana melancarkan lagu berjudul Bersama Dengan Rindu yang merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.

Pernah tampil dengan beberapa lagu lain sebelum ini, Diana mengakui bukan mudah untuk dia terus mencipta kejayaan meskipun namanya cukup dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan. Sama seperti kebanyakan penyanyi lain, Diana juga memasang impian untuk memenangi anugerah atau beraksi di pentas besar. Bukan itu sahaja, dia juga meletakkan harapan agar lagunya kelak dikenali di peringkat antarabangsa. “Saya mahukan semua itu. Namun saya percaya tiada jalan mudah, Mestilah ada rintangan, jadi sekarang ini kena bina kepercayaan pendengar dan terus berjuang.

“Sebenarnya sejak kecil lagi saya memang suka menyanyi. Saya masih ingat lagi di ketika rakan-rakan ibu datang berkumpul di rumah, saya akan paksa mereka dengar nyanyian saya. Cuma mungkin sebelum ini belum ada ruang dan peluang.. sekarang ini kita ada banyak platform dan saya rasa penting agar pendengar menyukai setiap lagu,” ujarnya. Bercerita lanjut mengenai lagu terbaharu itu, Diana memberitahu pelancaran tersebut terpaksa ditangguhkan susulan kemelut rumah tangga serta kes mahkamah membabitkan dirinya dengan bekas suami iaitu pelakon Farid Kamil.

“Lagu ini dah siap tahun lepas, tapi tangguh dulu pelancaran sebab saya berdepan isu peribadi. Boleh sahaja nak lancarkan awal dan mungkin akan mendapat perhatian ramai tetapi rasanya tidak manis saya lancarkan lagu ketika ada isu tersebut,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.