PELAKONÂ Natasha Elyzza tidak menyangka ada segelintir warganet tergamak menuduhnya sebagai punca aktres Emma Maembong membuka tudung sejak empat tahun lalu. Natasha atau Natasha Elyzza Rohishim, 29, berkata, keputusan dibuat rakan baiknya itu tiada kena mengena dengan dirinya selain menasihatkan agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah. “Saya tidak tipu, sedih sebenarnya baca komen warganet ini. Tak sangka orang boleh anggap kita sampai macam itu.
“Kalau tak tahu cerita yang betul tolong jangan buat andaian sendiri… Jatuh fitnah namanya,” katanya. Natasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya. Komen negatif itu ditinggalkan seorang pengikutnya menerusi foto yang dimuat naik di Instagram bersama Emma ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung baru-baru ini. Dakwa individu itu, dia tidak menyukai Natasha menuduh aktres itu menghasut Emma untuk menanggalkan hijab yang dipakai. “Saya tak berkenan dengan pelakon sebelah Emma itu (merujuk kepada Natasha)… Rasanya dia kuat hasut kot.
“Dia kawan dengan Fathia Latif. Korang jangan kawan dengan dia, habis dihasutnya suruh buku tudung dan bersosial. Maaf komen macam ini, atas dasar pendapat saya sahaja,” tulisnya. Pada Februari 2019, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, mengambil keputusan menanggalkan hijab yang dipakai selepas lima tahun menutup aurat. Kata Emma, keputusan itu dibuat atas kehendak diri sendiri dan bersedia menerima sebarang kecaman orang ramai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.