Kecewa sebab banyak cerita tak elok timbul, Engku Emran akui perpisahan kali ketiga sangat menguji kesabaran

Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa kesal apabila berita perpisahanya menjadi bahan topik di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emran berkongsi tangkapan perbualan bersama dua kenalan rapat merangkap penasihatnya yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop. Akui ahli perniagaan berumur 48 tahun, perpisahannya kali ketiga ini menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran. Lebih merisaukan Emran apabila ayah dan anak perempuannya, Engku Aleesya turut terpalit sama dalam situasi tersebut.

“Saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini. Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga.” Dalam pada itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk menyibukkan diri dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah. Sementara itu, Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata. Katanya lagi, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak perlu menegakkan kebenaran sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sekadar info, Emran dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum itu, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Manakala Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.