Pelakon terkenal, Farid Kamil meluahkan rasa syukur selepas dirinya dan isteri, Diana Danielle masih diberi peluang ‘berjodoh’ lagi selepas mengambil keputusan untuk berpisah pada bulan lepas. Menerusi sesi temu bual bersama Melodi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, mendedahkan bahawa dia dan Diana telah pun rujuk pada 31 Ogos yang lalu. “Alhamdulillah perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah dan sejarah itu telah mematangkan kami berdua. Saya dan isteri telah kembali rujuk pada 31 Ogos 2023. Ketika ditanya mengenai penyebab kepada berita gembira ini, Farid berkata agama memainkan peranan dalam memastikan hubungannya dan Diana menjadi lebih kukuh.
Bukan itu sahaja, perpisahan yang berlaku sebelum ini juga memberi ruang dan peluang buatnya dan isteri untuk bermuhasabah diri dan menilai semula perkahwinan mereka. “Pokoknya adalah agama supaya saya sebagai suami mampu membimbing isteri. Isteri saya juga harus menguatkan ilmu agama supaya dia dapat membimbing anak-anak dan dengan sendirinya perkahwinan itu akan menjadi lebih kukuh. “Sudah tentu bila berlakunya perpisahan , saya dan Diana mengambil masa untuk muhasabah diri dan menilai balik perkahwinan kami.”
Sementara itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu memaklumkan bahawa bibit cintanya dan Diana mula timbul selepas isterinya itu mempelawa untuk bersarapan bersama selepas sekian lama tidak bertentang mata. “Selepas saya pergi ke Kota Sufi di Sendayan dan setelah saya hantar anak-anak saya pulang untuk ke sekolah, Diana mempelawa saya untuk breakfast bersama. Saya tak menyangka perkataan (pelawaan) itu keluar dari mulut dia dan saya mengambil peluang itu untuk meluahkan apa yang saya rasa. Saya juga tak menyangka pertemuan itu akhirnya menyemarakkan lagi perasaan, bibit-bibit cinta, kasih sayang dan apresiasi yang selama ini kami cari.
Setelah lima bulan saya tak bertentang mata dengan Diana, saya dan isteri tak berhenti berdoa dan menyerahkan harapan kami pada Allah untuk memberi petunjuk taufiq dan hidayah.” Dalam pada itu, Farid mengakui dirinya sama sekali tidak pernah berfikir bahawa dia akan kembali bersama Diana namun bersyukur dengan adanya agama yang cukup, dan dengan izin dari Nya dia dapat bersatu kembali. “Saya tak pernah terfikir kami akan kembali bersama. Hadiah terbaik kepada anak-anak adalah melihat ibu bapa bahagia, hidup bersama. Namun akhirnya pertemuan tersebut membuahkan semula rasa yang selama ini menghilang disebabkan pekerjaan, kehidupan dan duniawi.”
“Perkahwinan ini asalnya adalah kerana Allah dan bila kita berjaya mencari titik noktah iaitu pendamaian, sejujurnya kami berdua tidak pernah menyangka rasa itu ditimbulkan kembali dan sangat sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata.” Di akhir sesi temu bual tersebut, Farid menitipkan ucapan terima kasih buat anak-anak, keluarga serta peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan rumah tangganya dan Diana. Terdahulu, tular khabar angin Diana dan Farid akan rujuk semula sebagai suami isteri selepas mendedahkan cinta mereka sepertinya kembali terpatri dalam untaian video pendek dalam media sosial hiburan, Budiey Channel.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.