Muat naik gambar sempena hari jadi, Fazura titipkan ucapan pada Fattah Amin sempena ulangtahun kelahiran

Pelakon jelita, Fazura menitipkan ucapan buat suami tercintanya yang juga merupakan pelakon, Fattah Amin sempena ulang tahun kelahiran yang ke-33 baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin, 39, memaklumkan bahawa kesibukan bekerja dan kekangan waktu menyebabkan dia terlambat berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu. “Baru ada masa nak kongi beberapa foto pada hari sambutan. Tahun ni ketandusan idea, jadi tema untuk birthday tahun ni ialah movie-star-theme for you since you are one. I’m glad you liked it.”

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ ini turut mendoakan agar suaminya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. “Happy birthday again my love, semoga terus melangkah ke depan dengan kejayaan di dunia akhirat. Amin, love you always.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa agar buat Fattah Amin sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 27 November 2017 yang lalu. Hasil dari perkahwinan mereka itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.