Manusia mempunyai pelbagai cara untuk berhibur, ada yang sukakan muzik, ada juga yang suka keluar berjalan-jalan namun ada masa yang kita ingin lakukan sesuatu yang luar dari kotak. Terbaru, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki yang dipercayai warga asing berenang dan bergelak tawa di satu kawasan yang dinaiki air kerana hujan tidak berhenti. Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang, lelaki berkenaan dilihat sangat gembira malah feeling seakan berada di dalam kolam renang.
Lelaki berkenaan bukan sahaja berjalan dan bermain air yang bertakung itu, dia turut menjatuhkan badannya kemudian baring malah dia turut ‘menyelam’ di situ. Menurut laporan, tidak jauh dari kawasan itu berlaku satu lagi kejadian yang menarik perhatian warganet di mana ada individu yang menjumpai seekor ular sawa. Ramai warganet yang beranggapan lelaki berkenaan hanya mahu menghiburkan hatinya sendiri pun begitu ada juga yang terhibur dan merasakan tindakan lelaki itu boleh jadi merbahaya.
Komen Warganet:
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.