Tengah hangat pasal isu bintang kecil, sekali Suhaimi Sulaiman jelaskan ada masalah teknikal yang jadi punca kesilapan pengumuman pemenang

KETUA Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan kesilapan terknikal menjadi punca kesilapan pengumuman pemenang pertandingan Bintang Kecil 2023 yang berlangsung pada malam Ahad. Suhaimi berkata, lampu sorotan (spotlight) sepatutnya menyala dan dipancarkan kepada juara iaitu Fateeha Nasleen Suhaillin atau Kiki dari Sabah sebaliknya dihalakan kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang mendapat tempat kedua. Susulan kesilapan itu, Suhaimi yang membahasakan dirinya sebagai pakcik memohon maaf kepada Kiki dan Farha atas kesilapan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan penonton.

“Mesej ini pakcik (Suhaimi) tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam. “Pakcik tahu perasaan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita adalah lampu akan menyala kepada siapa yang akan menang dan Kiki memenangi pertandingan semalam tetapi lampu itu jatuh kepada Farha,” jelasnya pada Isnin. Dalam pada itu, Suhaimi menjelaskan salah seorang pengacara rancangan itu, Azam Pitt cuba menyelamatkan kesilapan yang berlaku namun ia sukar disebabkan lampu spotlight itu sudah tersangkut.

“Ia agak terlambat kerana lampu itu terlampau lama menyala dan ia tidak dapat jalan sebab sudah ‘jem’ ketika itu. “Pakcik minta maaf bagi pihak RTM. Saya mendoakan agar Kiki dan Farha terus berjaya,” ujarnya. Selain isu teknikal, warganet turut mengkritik hos gandingan Azam iaitu pelakon Sweet Qismina yang tersalah mengumumkan nama pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik. Bagaimanapun Sweet sempat meminta maaf secara langsung dan mengaku dia gementar ketika membaca keputusan pemenang.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.