Tak ada angin, tak ada ribut, nama anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 18, menjadi bualan di media sosial apabila didakwa menjadi orang ketiga dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga seorang wanita. Terbaharu, wanita tersebut tampil memuat naik ciapan di aplikasi X mendakwa bahawa dia sudah pun mendapat kebenaran dari keluarga Marissa untuk menularkan isu ini di media sosial. “Saya dah minta izin sebelum viral ya, laporan polis pun saya dah buat. Dan mereka (keluarga Marissa) bagi green light untuk viralkan.”
Tambah wanita itu lagi, tindakannya itu dilakukan kerana tiada solusi yang dapat dicapai antara kedua belah pihak bagi menyelesaikan isu tersebut. “Keluarga pihak sana memang tahu ya tentang isu nak viralkan ni sebab tiada solusi nak hentikan anak mereka sendiri.” Terdahulu, kecoh di aplikasi X apabila wanita tersebut tampil mendakwa Marissa menjadi penyondol dalam rumah tangganya yang telah dibina selama tiga tahun. Bukan itu sahaja, wanita itu juga tampil mendedahkan bukti resit menyatakan bahawa Marissa pernah ‘check-in’ bersama bekas suaminya bagi mengukuhkan lagi dakwaannya itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.