Peti sejuk 7 tingkat pun tak dapat tampung bekalan susu, Rita Sosilawati dedah sekali pam dapat 10 auns

GARA-GARA bekalan susu badan yang sangat banyak, usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati membeli peti sejuk beku baharu bagi menyimpan stok berkenaan. Bagaimanapun, peti sejuk beku yang dilengkapi ruang simpanan setinggi tujuh tingkat itu masih tidak dapat menampung bekalan susu Rita, cukup luar biasa. Tular videomenunjukkanRita di hadapan peti sejuk beku miliknya sehingga menarik perhatian ramai dan meraih lebih sejuta tontonan. Di ruangan komen, rata-rata melabelkan ibu kepada lima cahaya mata itu sebagai ikon penyusuan.

Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari lebih terkejut dengan penerimaan orang ramai terhadap bekalan susu badannya. “Daripada anak pertama hingga anak kelima, memang macam tu susu badan saya. Cuma saya tak sangka pula reaksi orang ramai yang terkejut dengan video yang saya muat naik tu… bagi mereka banyaknya. “Sebenarnya susu saya banyak, tapi tak ada tempat nak letak. Jadi, saya beli freezer yang baharu. Tapi freezer baharu tu pun dah penuh. Sekarang dah tak ada tempat nak letak.

“Sekurang-kurangnya ada sekitar 500 pek susu. Setiap susu mempunyai sukatan yang berbeza-beza, tapi bermula daripada 5 auns ke 12 auns satu pek,” katanya ketika. Menurut Rita, bekalan susu badan tersebut disimpan di dalam peti sejuk beku untuk anak lelakinya yang berusia empat bulan. Disebabkan banyak bekalan susu, Rita mendapatkan keizinan daripada suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah untuk memberikan sebahagiannya buat seorang anak angkat kepada adik perempuannya.

“Saya ada seorang anak susuan. Adik perempuan saya mengambil seorang bayi lelaki yang kini berusia hampir dua tahun sebagai anak angkat. Dia mengalami masalah untuk menyusukan anak angkatnya. “Salah satu sebab saya buat ni untuk menjaga mahram adik perempuan saya. Kalau tidak nanti, jadi satu masalah apabila anak tu besar nanti seperti menjaga aurat,” katanya yang turut mendapat nasihat pakar agama. Untuk makluman, isu berkenaan ibu dan anak susuan serta pelbagai hukum, boleh dirujuk di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Rita lagi, setiap kali mengepam untuk bekalan susu badan, dia mampu mendapat antara lapan hingga 10 auns, sekali gus menjadikan kira-kira 80 auns untuk lapan kali pam sehari. “Saya sentiasa mendoakan rezeki saya murah, halal dan diberkati. Susu ini adalah salah satu rezeki yang diberikan Allah kepada saya. “Alhamdulillah, rezeki susu tu melimpah ruah untuk anak saya melalui susu badan, dan saya rasa patut kongsi rezeki ni kepada anak susuan saya,” katanya.

Jelas Rita lagi, dia tidak merasakan sesuai dikaitkan dengan apa-apa gelaran yang diberikan warganet kerana bekalan susunya yang baik, sebaliknya menganggap ibu-ibu di luar sana adalah ikon. “Bukan senang nak menyusukan anak ni. Memang satu kerja yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. “Saya respek pada ibu-ibu yang beri susu pada anak, menyusukan anak dan membuat stok susu. Lebih-lebih lagi jika ibu tu bekerja, mahupun suri rumah yang mempunyai tanggungjawab di rumah,” katanya.

Sementara itu, Rita turut berkongsi nasihat dan tip kepada ibu-ibu untuk mendapatkan susu badan buat anak-anak mereka. “Mindset kena betul seperti niat dan disiplin. Kena komited, jangan lari daripada timing untuk menyusukan badan, kena create permintaan dan penawaran serta mental kena kuat. Tak boleh stres. Apabila anda stres, supply akan down. Kena gembirakan diri sendiri. Macam saya nak gembirakan diri sendiri, saya menonton TV atau filem. Terus lupa tentang masalah. “Apabila buat stok susu, saya akan pastikan bukan ketika stres dan berada dalam keadaan emosi yang stabil. Paling penting jaga emosi dan stres serta gembirakan diri,” katanya lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.