Dah 2 tahun ada rumah sendiri, Kilafairy akui lebih selesa menetap di rumah ibu

SUDAH dua tahun memiliki kediaman sendiri, penyanyi dan pelakon Kilafairy bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk terus menetap bersama keluarga. Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, dia lebih seronok sentiasa berada di samping ibunya semasa arwah Rohana Jalil masih hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga. “Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Saya mengubahsuai dan rumah ini kelihatan menakjubkan… bagaimanapun saya hanya sempat tinggal di sana selama dua kali kerana saya sangat terikat dengan Mama. “Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut, tetapi Alhamdulillah ia diuruskan oleh penyewa yang bertanggungjawab,” katanya. Kilafairy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian yang dibuat, kediaman milik pelakon filem Karak itu dilihat berkonsepkan moden minimalis dengan memilih rona putih sebagai tema.

Kilafairy turut meluahkan rasa rindu untuk menetap di kediamannya sendiri, namun menyifatkan dia lebih merasai kasih sayang dan selesa apabila tinggal di rumah keluarga. Tambahnya lagi, rumah berkenaan menyimpan seribu kenangan yang mengingatkannya kepada Allahyarham ibu. “Kadang kala saya rindu untuk tinggal di rumah saya sendiri tetapi kasih sayang dan keselesaan yang saya rasai di rumah mama tidak ternilai. “Di sinilah saya dibesarkan, di mana saya mempunyai banyak kenangan dan di mana saya rasa paling selamat dan disayangi.

“Setiap sudut rumah mama mengingatkan saya kepada dia… jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, ia merupakan hati mama,” katanya. Untuk rekod, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil meninggal dunia pada 20 Jun lalu akibat kebocoran usus. Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.