Baru je Nd Lala bersuara tentang konflik rumahtangga, sekali ini pula luahan dari Fauziah Sarman

Minggu lalu, nama penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala kembali menjadi bualan warganet selepas tampil bersuara mengenai konflik rumah tangga melibatkan bekas isteri, Fauziah Sarman. Terbaru, Fauziah dilihat memuat naik hantaran di Instagram Story, baru-baru ini. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Fauziah seakan menggambarkan situasi dirinya. Menerusi entri itu, ibu kepada empat cahaya mata ini menyatakan dia akan bersuara apabila tiba waktu yang tepat.

“Diamku bukan tak tahu, hanya menunggu waktu yang tepat saja.” Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala. Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz talak dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu. Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Kemudian, ND Lala mengaku sudah berkahwin Siti Munirah dan memohon agar tidak menggelarkan isterinya itu sebagai penyondol. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.