Pada minggu lalu, tayangan Sepahtu Reunion Live telah dimeriahkan dengan kemunculan Datuk Yusuf Haslam sebagai cameo jemputan. Ditambah lagi dengan gandingan bersama Puteri Sarah Liyana, warganet juga ikut sebak apabila melihat 2 figura terkenal itu bersalaman di atas pentas live tersebut. Apa yang pernah terjadi biarlah berlalu, namun hingga kini hubungan Sarah dan bapa mentuanya dilihat masih begitu baik dan tidak kekok. Namun siapa sangka dalam sebuah video live semalam, aktres jelita ini malah menerima sebuah komen yang cukup mencuit hatinya. Klik sini untuk lihat video.
Seorang individu dipercayai bernama Amirah berpendapat Puteri Sarah seharusnya menjauhkan diri daripada Datuk Yusuf Haslam demi ‘pihak sebelah’ sana memandangkan dia pun bukan lagi berstatus menantu. Membaca komen tersebut, ibu tunggal 2 anak ini hanya mampu tergelak dan menasihati Amirah untuk tidak busuk hati. Rupa-rupanya, wanita bernama Amirah itu turut sempat menghantar komen lain di sesi live itu. Katanya, pihak sana yang seharusnya menjadi menantu kesayangan Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail, bukannya Puteri Sarah.
Sumber: Kisah Dunia. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.