Muat naik video bercuti di Bangkok, tapi Nelydia Senrose pula yang jadi perhatian warganet

Pelakon Nelydia Senrose mengundang persoalan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya ketika bercuti ke Bangkok, Thailand baru-baru ini. Menerusi satu muat naik oleh pelakon Aprena Manrose di Instagram, kelihatan dia dan kakaknya Oktovia Manrose dan sepupu mereka Nelydia serta Uqasha Senrose selain beberapa rakan menggayakan ‘outfit’ masing-masing. Bagaimanapun, penampilan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah jadi tumpuan warganet apabila dilihat hanya mengenakan topi di atas kepala. Klik sini untuk lihat video.

Ruangan maklum balas video itu dibanjiri dengan komen netizen yang menegur sekali gus mempersoalkan tentang penampilan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sebagai seorang yang sudah bergelar ‘Hajah’. Namun begitu, terdapat juga peminat yang memilih untuk bersikap positif dengan memaklumkan bahawa Nelydia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dia sudah berhijab sepenuhnya.

Terdahulu, dia pernah mengejutkan peminat apabila dilihat membuka tudung ketika bercuti di Bali, Indonesia bersama keluarganya sekitar Jun tahun lalu. Sekadar info, Nelydia bersama suaminya yang juga ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada Julai tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.