Baru je Noor Nabila dedah akan berpisah, ini pula luahan dari Engku Emran

Semalam, kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan dia bakal berpisah dengan suami, Engku Emran dalam masa terdekat. Terbaru, Engku Emran dilihat memuat naik luahan hati di Instagram (IG) pada malam Jumaat. Kata Emran, kehancuran dalam perkahwinan kali ketiga bukan tanda kegagalan sebaliknya itu adalah takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT. “Kami berdua telah mengharungi tiga perkahwinan, kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup. Namun kami terpaksa mencari kebahagiaan sendiri. Perkahwinan sangat mencabar… yang pernah berkahwin akan tahu. Yang mana belum berkahwin jangan sembang kuat sangat.

Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan. Semuanya sudah tertulis dan kami terpaksa akur.” Justeru, Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin menyelar tindakan segelintir warganet yang laju tinggalkan komen dan pandangan terhadap rumah tangga mereka. “Saya terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal. Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal. Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti.. jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tiada agama.

Dalam pada itu, bapa kepada Engku Aleesya turut memohon kepada orang ramai untuk menghormati serta menjaga hati kedua belah pihak keluarga. Katanya lagi, dia dan Nabila akur dan reda dengan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama lagi. “Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga, mak dan ayah. Jangan menambah kesakitan mereka. Kami tidak pernah menganggu hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda.” Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.