Wajah sekarang berbeza dengan yang dulu, tak boleh berdiam ini pula respon Hael Husaini

Sejak kebelakangan ini, imej dan penampilan penyanyi terkenal Hael Husaini sering menjadi bualan wargamaya di media sosial. Menurut dakwaan sesetengah pihak, terdapat perubahan pada wajah pelantun lagu ‘Jampi’ itu yang dikatakan mirip sekali dengan bintang K-Pop. Terbaharu, memetik Berita Harian, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 36, berkata, dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut namun mengakui dirinya merupakan seorang yang sangat menjaga penampilan diri. “Bagi saya, apa yang orang lihat Hael, itulah bentuknya. Tiada apa-apa yang mahu saya katakan mengenai perkara ini. Sebagai selebriti, saya sentiasa menjaga penampilan. Apa yang anda lihat, itulah saya.

Ini bukan suatu perkara yang saya fikir perlu dirumitkan. Kita kena faham, saya adalah selebriti. Kerja selebriti adalah untuk kelihatan ‘presentable’ (berketrampilan). Saya mengaku suka tampak ‘presentable’ di mata masyarakat. Seperti saya kata, apa yang anda nampak, itulah saya.” Menjawab pertanyaan mengenai fizikalnya yang semakin kurus dan mencengkung, Hael menepis dakwaan tersebut dengan memaklumkan bahawa dirinya sudah pun kurus sejak dulu lagi.

Sementara itu, Hael meluahkan rasa bangganya apabila penampilan dan fesyen yang cuba diketengahkan membuka lagi ruang untuknya dijemput menghadiri beberapa pertunjukan fesyen di luar negara. “Jadi, apabila saya mewakili Asia Tenggara untuk beberapa acara fesyen, saya fikir itu adalah suatu kebanggaan yang dibawa. Membawa wajah dan mempromosikan nama negara, saya anggap ini suatu pencapaian besar. Saya sentiasa jaga diri kerana penampilan sangat penting untuk seorang selebriti. Kalau hendak diikutkan, saya fikir, sekarang adalah zaman visual. Anda bukan saja dengar saya di radio, malah, dalam semua platform.

Sebagai selebriti, saya kena tunjuk contoh yang baik. Dalam hal ini, pastinya yang terbaik untuk diri sendiri. Apa yang penting, saya nampak ‘handsome’.” Dalam pada itu, Hael menjelaskan bahawa dia sentiasa bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kontroversi dan gosip kerana itu merupakan lumrah kehidupan yang perlu dihadapi setiap anak seni. Terdahulu, tular beberapa video memaparkan penampilan Hael yang dikatakan sedikit berbeza sehingga menjadi bualan wargamaya di media sosial.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.