Teruk kena kritik dengan warganet sebab melawat Kota Al Ula, tak boleh berdiam ini pula respon Zul Ariffin

Perkongsian pelakon Zul Ariffin ketika melawat kota Al Ula, Arab Saudi pada Ogos lalu kembali tular sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet. Ini disebabkan kota yang dikunjungi pelakon terbabit dipercayai adalah tempat terkutuk yang dilknt oleh Allah SWT. Susulan perkongsian itu, timbul kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Zul Ariffin tampil memberi respon mengenai isu tersebut. Menerusi beberapa hantaran di platform X, Zul Ariffin berkata pada awalnya dia tidak terkesan dengan kritikan warganet kerana kebiasaannya tidak mengambil ‘pusing’ perkara yang dianggap isu remeh. “Selalunya buat tak tahu tapi sekali sekala layan juga kerenah pelik ni, mungkin sebab bosan lama tak masuk set kot. Maaf ya, ramai je yang yak yak yay kat town sendiri, sibuk town negara (lain) dah kenapa?” soalnya.

Dalam hantaran lain, pelakon yang selesai mengerjakan ibadah haji pada musim lalu turut mengkritik terhadap segelintir blogger yang hanya mencipta content murahan sehinga namanya tercalar. “Manusia tak kecoh mana pun, yang buka majlis ni blog-blog yang seronok tak ada content, jadi cedok cerita apa yang ada. Today, sana sini suruh stay calm, tabah, sabar. Sorry, tak akan nak menggelupur dengan game-game content ni,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi di ruangan komen, ramai yang menasihati Zul untuk tidak terus melayan emosi serta mengendahkan kritikan tersebut. Bagi admin, jika kita kurang arif dengan sesuatu perkara contohnya seperti isu kota ini, disarankan untuk bertanya kepada mereka yang lebih arif. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.