Usahawan kosmetik popular, Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki kaya dengan susu badan yang membolehkan dirinya berkongsi rezeki dengan wanita lain di luar sana. Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan. Klik sini untuk lihat video.
Malah, turut kelihatan seorang wanita yang dilihat sedang mengambil stok susu tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg. “Alhamdulillah, rezeki anakku dan anak susuan. Akak (Rita) beri satu freezer ini hanya untuk susu sahaja. Susu I ya, susu I bagi kat anak susuan I, ya. Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berharap agar ibu bertuah tidak membazir rezeki susu badannya dan boleh datang ‘restock’.
“Kena habiskan minum ya. Satu beg ini tak cukup (sambil tunjuk). Habiskan ya, tolong habiskan ya. Lepas tu nanti ambil lagi,”ujarnya sambil menunjukkan peti sejuk yang dipenuhi stok susu badan. Dalam pada itu, usahawan berusia 33 tahun turut mendedahkan dirinya mempunyai stok susu badan dalam peti sejuk beku lain apabila diseloroh dan dikatakan mempunyai bekalan untuk setahun. “Freezer atas ada lagi. Freezer atas tu dah penuh, tak muat. Rezeki, Alhamdulillah,”dedahnya.
Rata-rata warganet turut tumpang gembira dan bersyukur atas perkongsian rezeki daripada Rita kepada wanita lain yang memerlukan. Malah, mereka juga meluahkan pandangan dan bersetuju sekiranya usahawan terbabit dinobatkan sebagai Ikon Penyusuan.
Selain itu, mereka juga memberi cadangan dan meminta agar Rita mula membuat senarai nama anak susuannya kerana ia secara tidak langsung dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan. Mereka juga tidak wajib menutup aurat di hadapan satu sama lain dan juga tidak boleh berkahwin sesama sendiri terutama anak kandung ibu susuan.
Mereka turut mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai amalan dan corak pemakanan yang diamalkan oleh Rita sehingga mampu menghasilkan susu badan yang banyak. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.