Baru luah tidak puas hati dengan sistem jpj, sekali Sharnaaz Ahmad menang bidaan nombor plat idaman

LUAHAN tidak puas hati disuarakan pelakon Sharnaaz Ahmad terhadap sistem bidaan nombor plat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid membawa hikmah apabila dia bejaya memenangi bidaan nombor plat yang diingininya. Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, kemenangan itu turut membuktikan dia berjaya melawan scalper iaitu pihak yang membeli nombor secara pukul dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.

“Seperti yang dijanjikan saya telah mendapat keputusan. Alhamdulillah, kita memang. Saya dah dapat (nombor bidaan). Mamu (panggilan dirinya) menang. Syukur berjaya walaupun tak mandi. Hari ini saya buktikan sebenarnya saya menang lawan scalper,” katanya. Sharnaaz memaklumkan perkara itu melalui video siaran langsung yang dibuat menerusi Instagram pada malam Rabu. Pelakon itu berkata, kemenangan itu juga merupakan berkat doa netizen yang menontonnya membuat bidaan ketika siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat itu turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan scalper yang menjual nombor plat bidaan sehingga mengaut keuntungan yang melampau. Menunjukkan bukti di Instagram, Sharnaaz berkata, ada nombor plat yang pada awalnya dibida sekitar RM20,000 dijual sehingga RM50,000. “Saya tidak boleh terima lagi benda kecil ini. Nombor plat M**M hampir RM50,000. Aku berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 sahaja. Dia untung RM30,000. “Mungkin dia nak cari makan. Kita faham semua manusia cari makan tapi orang kata berpada-padalah. Kita bukan nak cari gdh dengan scalper atau JPJ… Kita cuma mahu keadilan,” ujarnya.

Sharnaaz sekali lagi berharap agar sistem JPJeBid dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia yang mahu membida nombor pendaftaran kenderaan. Sebelum ini, Sharnaaz meluahkan rasa kecewa terhadap sistem bidaan nombor plat tersebut yang dikatakan kurang efisien dan menyusahkan pengguna. Aktor berkenaan turut berang terhadap scalper yang membeli nombor bidaan secara pukal dan menjualnya semula dengan harga tinggi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.