Lepas tular beberapa episod kontroversi, akhirnya hakim syariah sahkan lafaz talak Nd Lala pada Fauziah

Setelah beberapa episod kontroversi yang melanda, penyanyi era 80-an tempatan ND Lala akhirnya berpisah secara sah dengan isterinya, Fauziah Sarman. Sebelum ini, pelantun lagu Kata Tak Sekata mengucapkan lafaz talak melalui voice note (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu dan Fauziah memberitahu lafaz itu telah disahkan oleh hakim mahkamah syariah. Menurut laporan Harian Metro, Fauziah yang berjubah hitam hadir pada prosiding pengesahan lafaz talak dengan ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Difahamkan, lafaz talak itu diperdengarkan di hadapan Hakim Ahmad Muttaqi Ismail pada jam 10.30 pagi tadi. Fauziah berkata dia kini berharap agar Allah memberikannya kekuatan dan ingin memulakan hidup baru bersama anak, menantu, cucu dan sahabat yang sentiasa ada bersama di sisinya. “Mengenai apa perancangan selepas ini, saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Namun, segala yang berhak menjadi hak saya sepanjang perkahwinan kami, insya-Allah akan saya tuntut mengikut undang-undang.

Diharapkan semua dapat mendoakan saya dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya selama ini. Hanya Allah saja dapat membalasnya” katanya. Sebagai info, pasangan itu sudah pun mendirikan rumah tangga selama 34 tahun dan dikurniakan 4 cahaya mata, salah seorangnya adalah penyanyi terkenal, Shila Amzah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.