Tiz Zaqyah luah rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia

Pelakon terkenal, Tiz Zaqyah bersyukur apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2023 (AACA 2023) menerusi lakonan mantapnya dalam drama bersiri Liar. Anugerah itu sekali gus pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

Menurut Tiz atau pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Razak, 34, dia mendapat tahu kemenangannya itu dari penerbit dan pengarah siri berkenaan. Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini. Drama bersiri ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.

Mengulas lakonannya dalam drama bersiri Liar, kata Tiz, dia melakonkan watak Lara Sulaiman yang juga mangsa rogol dalam siri berkenaan. Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif.

Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit,” kata pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri popular Nur Kasih itu. Drama bersiri sebanyak 12 episod Liar adalah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award.

Kejayaan itu membuatkan Tiz berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea dan Taiwan. Liar menceritakan dua insan bertemu dalam temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan. 

Selain Tiz, drama Liar menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Drama Liar menampilkan sentuhan tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min serta ditayangkan di Astro. Sementara itu, malam gala AACA 2023 akan berlangsung di Singapura pada Disember nanti.Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.