Ada sumber mengatakan Ira Kazar kini sedang hamil, turut mendedahkan Syamsul Yusof yang mengalami alahan

Pelakon Ira Kazar didakwa hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama aktor Syamsul Yusof namun tidak diketahui usia kandungannya. Menurut laporan HibGlam, pada akhir tahun lalu ramai yang mendakwa Ira hamil anak sulung namun tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak. Namun begitu, baru-baru ini HibGlam menerima pengesahan daripada sumber yang mengesahkan Ira sememangnya sedang hamil sekarang.

Selain daripada itu, sumber berkenaan turut mendedahkan Syamsul mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya dan disebabkan itu, aktor itu ‘menyepi’ dari media sosial. Terdahulu, Syamsul pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata namun pasangan itu telah berpisah pada Jun 2023.

Namun begitu, sebelum berpisah, pasangan itu sempat berbalah yang mana Puteri Sarah mendakwa Syamsul sedang berlaku tak setia ke atasnya. Menurut Puteri Sarah, Syamsul telah mengadakan hubungan dengan wanita lain sebelum dia melahirkan anak kedua mereka pada 2019. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan Ira merupakan wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya bersama Syamsul.

Tidak lama kemudian, Syamsul akhirnya mengesahkan dia telah berkahwin dengan Ira di Thailand pada 6 Januari 2023 dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari 2023. Syamsul juga menyangkal dakwaan Puteri Sarah yang mengatakan aktor berusia 40 tahun itu telah melakukan hubungan luar pernikahan bersama Ira. Syamsul juga pernah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah dia mendakwa Puteri Sarah berlaku tak setia dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang. Selain itu, dia turut mendakwa Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2022, engggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memkl serta tidak memberi nafkah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *