Belum pernah terfikir nak menduakan, Aeril Zafrel luah rasa syukur dapat isteri yang sempurna

Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel syukur ada isteri sempurna dan tidak pernah terfikir untuk mencurangi isterinya, Wawa Zainal apatah lagi membuka ruang wanita lain untuk masuk ke dalam hidupnya. Memetik laporan Astro Gempak, aktor berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran kerana mendapat teman hidup yang sangat istimewa seperti Wawa disamaping berkata wanita itu cukup sempurna di matanya.

“Saya beruntung sebab punya isteri secantik Wawa bukan sahaja suri yang sempurna, bahkan menjadi ibu bekerjaya yang mampu mendidik anak-anak biar sesibuk mana pun dengan kerja. Ketenangan dan kebahagian yang kami miliki ini tidak mungkin saya gadaikan hanya disebabkan keseronokan sementara. Memang tak pernah terniat nak mendukan. Kalau ada bisikkan, saya cepat-cepat ingat isteri dan anak-anak,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Wawa Cosmetics di Bangi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aeril juga berkata sepanjang 12 tahun bergelar suami kepada Wawa, susah senang telah mereka lalui bersama. Katanya, tidak mungkin untuk dia melupakan semua pengorbanan Wawa apalagi merosakkan kepercayaan isteri terhadap dirinya. Aeril juga percaya setiap apa yang tindakannya pasti ada kifarah dan pada masa yang sama dia juga sering mengingati isteri dan anak-anaknya.

“Wawa setia dengan saya selama ini dan sudah tentu saya selalu ingatkan diri supaya jangan buat hal, nanti kena kifarah. Kalau sekali terkhilaf, memang susah dapatkan kepercayaan kembali, belum lagi dapat kifarah. Jadi elakkan ‘nakal’,” ujarnya. Sekadar info, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Jibril Ibtisam.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *