Terkini kes simbah asid pada Faisal Halim, polis dah tahan seorang lelaki warga tempatan

POLIS menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia lingkungan 20-an. “Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut. Motif srngn juga masih dalam siasatan,” kata Hussein ketika dihubungi pada Isnin.

Tambahnya, polis setakat ini sudah mengambil kenyataan daripada tiga individu termasuk mngs. “Kita juga akan memanggil beberapa lagi saksi untuk merakam keterangan mereka hari ini,” katanya. Terdahulu, dalam kejadian pada petang Ahad, Faisal mengalami luka teruk akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasaraya di Damansara, Selangor. Individu berkenaan yang bermotosikal juga sempat mengucapkan ‘good luck’ sebelum menyimbah asid kepada pemain pasukan Selangor FC itu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *