Siti Nordiana luah rasa sedih sebab bapa tak dapat tengok dia bertanding di GV10, sempat balik Sendayan sebab nak mohon restu pada ibu

PENYANYI Siti Nordiana meluahkan rasa sedih apabila Allahyarham bapanya iaitu Alias Ahmad tidak dapat menyaksikan dia sekali lagi bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10). Bagi melepaskan perasaan itu Siti Nordiana atau Nana, 39, sempat meluangkan masa menziarahi pusara arwah bapanya di Sendayan, Negeri Sembilan. Dalam masa sama, Nana turut bertemu ibunya bagi memohon restu sebelum memulakan pertandingan pada Ahad ini.

“Saya sedih arwah ayah tidak dapat tengok saya di GV10,” katanya. Nana berkongsi luahan tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat. Arwah bapa Nana pergi menghadap illahi sewaktu tidur di kediamannya di Sendayan pada 21 Julai lalu. Sementara Nana turut akui tertekan dan berjanji akan mencuba sebaik mungkin bagi tidak menghampakan peminat. “Bila GV dah nak mula ini macam-macam perasaan ada. Saya perlukan ibu saya. Semua saya dah buat dan sekarang perlu restu ibu.

“Saya sudah buat latihan, dah makan ubat… selebihnya kita tawakal sahaja. Bila tertekan dan risau, saya balik Sendayan untuk gembirakan diri,” ujarnya. Menerusi perkongsian tersebut ibu Nana yang dikenali sebagai Wan Jemah turut berkongsi nasihat supaya penyanyi itu terus kuat berdepan dengan pelbagai tanggapan orang ramai. “Apa nak takutkan? Nana selalu bertanding. Mak sentiasa doakan walau banyak dengar orang tak yakin kau (Nana) akan menang. “Allah dah panggil dia (ayah) dulu. Teruskan perjuangan dan buat betul-betul,” kongsi ibunya.

Selain Nana, sembilan lagi pemenang program GV dari musim pertama hingga kesembilan bakal memulakan persaingan untuk sekali lagi merebut gelaran juara. Lima peserta lain yang turut bertanding akan diumumkan pada konsert minggu pertama All Star Gegar Vaganza. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.