BEKAS menantu jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa sedih apabila bekas bapa mentuanya itu tidak dapat membantu menyelesaikan konflik rumah tangga membabitkan dirinya dengan bekas suami iaitu Mohd Zaiza. Kata Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, dia mengharapkan agar bekas mentua dapat menjadi orang tengah, namun Zainal dilihat enggan masuk campur dalam kemelut melanda. “Saya agak sedih, saya mendapat mesej daripada dia (Zainal Abidin) mengatakan tolong jangan libatkan saya dalam kes rumah tangga dan saya tak mahu ambil tahu.
“Bagi saya siapa lagi saya nak cari dan luahkan… ketika saya masuk Islam bagi saya merekalah keluarga saya, tapi bila rumah tangga kami ni berlaku tolonglah nasihatkan anak mereka (Zaiza),” katanya. Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia pada 25 Februari lalu. Sebutan semula kes berkenaan pada 26 Oktober depan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.