Sanggup keluarkan duit RM20k beli 4 ekor kucing untuk bekas tunang, Talha Harith nekad nak jual lepas tak jadi kahwin

PELAKON Talha Harith mendedahkan sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM20,000 bagi membeli empat ekor kucing baka British Short Hair (BSH) untuk bekas tunangnya. Talha atau Talha Harith Amir, 34, berkata, dia membuat pelaburan itu sebagai menyokong minat wanita berkenaan selain memulakan perniagaan selepas mereka berkahwin. Susulan tidak jadi berkahwin, ada mencadangkan agar dia membuang atau membakar semua barang hantaran yang dibeli untuk majlis perkahwinan mereka.

“Ada suruh saya bakar sahaja segala perkara tentang bekas tunang, tak akan pula kucing ini semua saya nak bakar juga?,” katanya ketika ditemui. Dalam pada itu, Talha menyangkal dakwaan dia belum ‘move on’ selepas bekas tunanganya bertindak memutuskan hubungan dan berkahwin dengan lelaki lain. Talha berkata, dia berkongsi beberapa kenyataan dan foto di Instagram berhubung perkara itu kerana ingin mendengar pendapat orang ramai mengenai perkara itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.