Bagi penggemar pencuci mulut yang beraneka macam, pasti korang mengenali pengusaha Kieda Crepe yang bernama Siti Nur Khalieda Yusra. Pengusaha muda yang berusia 25 tahun itu selalu mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kehidupan dan aktiviti sehariannya menjual dessert di kedai. Bagaimanapun, baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan apabila penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil mengulas mengenai hukum sistem jual beli apabila seorang pengusaha meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor terlebih dahulu sebelum makanan miliknya. Klik sini untuk lihat video.
Ustaz Azhar Idrus berkata, sistem tersebut adalah tidak sah sekiranya ia membuatkan pelanggan terpaksa membeli barangan vendor lain sebelum “Barang yang kita beli tu dianggap sah dan barang yang kita dipaksa beli itu tidak sah kerana jual beli perlu ada keredaan dalam hati penjual dan pembeli. Bermakna bila jual beli itu tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang secara tidak baik. Allah tak suka cara macam ni.
“Dalam Mazhab Syafie, ada ijab kabulnya asalnya tidak wajib, isytihar menunjukkan halal itu yang tersembunyi dalam hati diterjemahkan dalam lisan, ‘Saya berjual lah, saya belilah’ menunjukkan reda, jangan paksa orang beli,” jawabnya. Susulan mengenai isu tersebut, ramai memetik nama Kieda mengenai status penjualan sistem vendor sehingga menarik perhatian usahawan muda terbabit bagi memberikan penjelasan di media sosial miliknya. Kieda berkata, dirinya tidak pernah memaksa pelanggan yang datang dan membeli pencuci mulut di miliknya, sebaliknya menyatakan peraturan ‘support vendor’ telah pun diperkenalkan sejak tahun 2022 lagi.
Malah, setiap pelanggan yang datang ke kedainya sudah sedia maklum terlebih dahulu untuk membeli barangan vendor sebelum memasuki ke premis miliknya. “Tak ada team yang turun tarik baju paksa beli di kedai Kieda. Kalau okey dengan rules, naik terus. Kalau rasa tak okey, u-turn balik. Tak ada erti sah sebab saya bukan baru beritahu support vendor ni waktu customer nak bayar di kaunter. Ulamak tak salah, netizen tak salah. Kieda ja yang salah sebab jaga rezeki orang. Tak pikiaq customer,”ujarnya.
Dalam pada itu, Kieda meminta orang ramai untuk menjaga hati masing-masing selain tidak mempunyai niat ‘busuk’ untuk menjatuhkan perniagaan lebih-lebih lagi harus menyokong perniagaan sesama Melayu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.