Ingatkan manusia je boleh kena, individu kongsikan video kucing muntah keluar cairan merah sebab terkena buatan orang

Sihir biasanya ditujukan kepada manusia, namun haiwan peliharaan juga tidak terlepas daripada menerima kesannya. Terbaharu, seorang wanita berkongsi kisah mengenai kucingnya yang terkena sihir. Menurut Meel Chaaa, kucing peliharaannya yang bernama Tod telah muntah darah berikutan perbuatan sihir manusia yang jahat. Ujar Meel, Tod menunjukkan beberapa tanda pelik sebelum jatuh sakit. Tambah Meel, dia tahu siapa pelaku tersebut. “Patutlah sejak belakangan ini Mecha banyak diam, muka tak semangat. Rupanya ada benda yang dia tahu tapi tak dapat bagitahu dekat saya. Maafkan mommy. Sihir yang ditanam dalam badan Tod, Alhamdulillah dah dapat dikeluarkan melalui muntah yang berdrh. Klik sini untuk lihat video.

Semuanya atas izin Allah. InshaAllah denga izin Allah semuanya dah berakhir. Kami berlindung dengan Allah. Semua yang jadi sebab aku lalai. Dalam prosess merawat, tanpa saya post dia tetap tahu apa yang saya buat sebab dia deal dengan mkhluk halus. Jin dia pun ade dalam rumah perhati apa kami buat dan akan smpaikan pada dia. Apapun jangan marah pada si pelaku. Dia Islam, melayu, muda. Tolong ramai ramai, doakan dia.”

Di akhir posting, pencinta kucing ini berharap si pelaku tersebut dapat berubah dan kembali ke jalan Allah. “Semoga Allah bersihkan hati dia dari penuh hasad dengki. Saya tahu dia siapa, angkara dendam. Saya maafkan dia, saya tak nak hidup dalam dendam. Semua yang jadi pun ujian untuk saya dan dia. Sihir yang sampai pun atas izin Allah, sihir batal pun atas izin Allah. Saya maafkan dia, walaupun kucing saya sakit. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.