Tular video Aliff Syukri hantarkan kerusi roda, sekali adik Sajat bengang bila ada yang tuduh dia tak pandai jaga bapa

Adik kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat tampil menjawab dakwaan warganet yang mengatakan dirinya tidak menjalankan tanggungjawab menjaga ayahnya yang tidak sihat. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mustika berang apabila difitnah segelintir warganet yang menuduh dirinya tidak menyediakan keperluan seperti kerusi roda bagi memudahkan aktiviti harian bapanya. “Masalahnya mana mak aku, kembar aku dan aku masa Alif ni datang ha? Tak pasal-pasal aku kene fitnah lagi. Habis tu bapak aku selama ini memang tak berkerusi roda ke ? Alif tu, laki orang mti pun nak record!” Klik sini untuk lihat video.

Mustika turut menunjukkan bukti kerusi roda yang digunakan bapanya sebelum menerima kerusi roda baharu daripada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat meskipun sedang menetap di Australia, Sajat merupakan anak yang jauh lebih baik dan mengambil berat tentang ayahnya berbanding Mustika yang sememangnya berada di Malaysia bersama keluarga.

Terdahalu, Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok dilihat gagal menahan air mata selepas mendapat berita kesihatan bapanya yang tidak berapa baik dan menyatakan hasratnya untuk membelikan kerusi roda yang baharu. Tidak lama selepas itu, sahabat baik kepada Sajat, Alif Syukri menawarkan diri untuk membantu membelikan kerusi roda yang baharu buat bapanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.